AKESYAHIDAN ANAS BIN NADHR
Anas bin Nadhr ialah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak mengambil bahagian dalam peperangan Badar.
Dia berasa kesal kerana tidak menyertai peperangan tersebut. Oleh hal
yang demikian dia senantiasa menanti-nanti peluang untuk menyertai
peperangan untuk menebuskan apa yang dianggapnya suatu kerugian bagi
dirinya. Kesempatan yang dinanti-nantinya itupun tibalah apabila
berlaku perang Uhud pada tahun yang berikutnya. Anas pun dengan serta
merta menyertai tentera Muslimin dengan semangat kejihadan yang tulin
maju kemedan pertempuran. Sungguhpun bala tentera yang dihadapi mereka
berkali-kali ganda banyaknya namun tentera Muslimin sedang mengatasi
pihak musuh. Tiba-tiba berlaku suatu kesilapan.
Nabi Muhammad s.a.w. telah
menghantar sepasukan pemanah-pemanah yang terdiri daripada 50 orang
untuk menguasai tentera berkuda pihak musuh yang mungkin menyerang
tentera Muslimin dari belakang. Mereka diperintahkan supaya menetap
diatas sebuah bukit dibelakang tentera Muslimin selagi mereka tidak
menerima arahan daripada Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menyuruh mereka berundur dari situ. Tetapi mereka ini telah mengingkari arahan Baginda s.a.w. Apabila
mereka lihat askar-askar musuh lari lintang pikang, diburu oleh
Mujahid-Mujahid Islam, mereka menyangka yang kemenangan telah pun
tercapai lantas meninggalkan tempat mereka sambil berkejar-kejaran
untuk mendapatkan harta rampasan. Yang tinggal diatas bukit itu
hanyalah ketua mereka dan beberapa orang yang masih taat. Apabila
dilihat oleh pemimpin tentera mushrikin yang bukit itu telah terdedah,
dia pun mengerah pasukannya menyebu dan membunuh tentera panah Muslimin
yang masih bertahan diatasnya dan melancarkan serangan balas terhadap
tentera muslimin dari belakang ketika mereka sedang asyik mengumpulkan
tentera rampasan.Dalam keadaan kelam kabut inilah Anas terpandang kepada
Saad bin Maaz yang sedang melalui hadapannya. Dia memekik
mengatakan:"Ya Saad! Kemana engkau? Demi Allah! Aku mencium bau Syurga yang datangnya dari Jabal Uhud".
Dengan berkata demikian dia pun menerkam musuh
lalu menentang mereka habis-habisan sehingga dia gugur sebagai Syahid
dimedan peperangan. Apabila badannya yang berlumuran darah itu
diperiksa terdapat tidak kurang dari 80 liang luka semuanya.Tidak ada
siapa yang dapat mengenalinya melainkan saudara perempuannya sahaja.
Orang yang berjihad dijalan Allah s.w.t..
dengan penuh keikhlasan dan kejujuran akan mengecap nikmat syurga
didunia ini dan diakirat. Demikianlah hal keadaannya dengan sahabat Anas
bin Nadhr.
PERDAMAIAN HUDAIBIYAH DAN KISAH ABU JANDAL DAN ABU BASIR
Pada tahun Hijrah yang ke enam, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya telah bertolak keMekah untuk mengerjakan Umrah. Berita mengenai Baginda s.a.w. telah sampai kepengetahuan puak Khuraish, mereka pun bersiap sedia untuk menghalang kemasukan Nabi Muhammad s.a.w Sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w
yang berjumlah 1400 orang semuanya dengan semangat keislaman yang
berkobar-kobar berazam hendak merempuh masuk keMekah walaupun perbuatan
ini akan melibatkan pertempuran secara terbuka tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak bersependapat dengan mereka. Selepas berfikir sedalam-dalamnya, Baginda s.a.w. memutuskan
hendak membuat perjanjian dengan pihak Khuraish serta menerima
syarat-syarat yang dikenakan oleh mereka seluruhnya.
Perjanjian yang berat sebelah ini menghampakan perasaan sabahat-sahabat Baginda s.a.w. tetapi kepatuhan dan taat setia mereka kepada Baginda s.a.w.
tidak membenarkan mereka menyuarakan bantahan mereka terhadap
perjanjian yang tidak adil ini. Pahlawan Islam yang seberani-beraninya
seperti Umar pun terpaksa tunduk kepada keputusan yang telah dibuat oleh
Nabi Muhammad s.a.w
Mengikut salah satu daripada syarat-syarat perjanjian ini orang-orang
Khuraish yang menyerah diri kepada pihak orang Muslimin mesti
dikembalikan kepada Khuraish sedangkan orang-orang Islam yang menyerah
diri kepada pihak Khuraish tidak akan dikembalikan kepada kaum Muslimin.
Abu Jandal,
seorang pemeluk agama Islam sedang menerima penyiksaan yang dahsyat
ditangan Khuraish. Apabila ia mendengar yang Nabi Muhammad s.a.w sedang berkhemah diHudaibiah, dia pun melepaskan dirinya lalu lari ketempat perkhemahan Nabi Muhammad s.a.w
pada masa Perdamaian Hudaibiah hendak ditantangai. Ayah Abu
Jandal,Suhail, yang ketika itu belum lagi memeluk Islam menjadi
jurucakap bagi pihak Khuraish dalam perundingan mereka dengan Nabi Muhammad s.a.w untuk
merangka butir-butir Perdamaian Hudaibiah. Dia menempeleng anaknya Abu
Jandal serta memaksanya balik keMekah. Oleh kerana peristiwa ini
berlaku ketika Perdamaian Hudaibiah belum berkuatkuasa lagi, Nabi Muhammad s.a.w
berpendapat yang perkara perlarian Abu Jandal kepihak Muslimin tidak
tertakluk dibawah perjanjian itu, tetapi ayah Abu Jandal menolak
hujah-hujah yang dikemukakan oleh Nabi Muhammad s.a.w
Penderitaan Abu Jandal ini menyayatkan hati para sahabat, tetapi apakan daya oleh kerana inginkan perdamaian Nabi Muhammad s.a.w terpaksa
menyerahkannya kembali kepada pihak Khuraish sambil menyampaikan
kata-kata penawar yang berikut:"Janganlah hendaknya kamu bermuram
durja, wahai Abu Jandal. Allah s.w.t. sudah tentu akan membuka jalan buat kamu."
Selepas Perdamaian Hudaibiah ditandatangai dan selepas kepulangan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah, seorang lagi penduduk Mekah yang beragama Islam telah melepaskan dirinya ke Madinah untuk mendapat perlindungan Nabi Muhammad s.a.w. Orang ini bernama Abu Basir. Permintaan orang yang kedua ini pun terpaksa ditolak oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana
menghormati Perdamaian Hudaibiah itu.Apabila tiba dua orang wakil puak
Khuraish untuk membawanya pulang, ia pun diserahkan kepada orang-orang
itu, tetapi sempat juga Nabi Muhammad s.a.w menasihatinya supaya bersabar dan mengharapkan pertolongan Allah s.w.t.
Dalam perjalanan ke Mekah, Abu Basir telah
menggunakan helah untuk melepaskan diri. Kata Abu Basir kepada salah
seorang daripada pengawal-pengawal itu:"Kawan, bagus sungguh pedang
kamu itu."Setelah pedangnya dipuji demikian rupa, orang itu pun berasa
bangga lalu menghunuskan pedangnya sambil berkata:"Betul kata kau.
Pedang ini bagus dan aku telah mencubanya keatas beberapa orang
manusia. Nah, tengoklah kalau awak hendak."
Sebaik sahaja pedang tiba ketangannya, Abu Basir
pun membunuh orang itu. Melihat apa yang telah berlaku, pengawal yang
seorang lagi cabut lari ke Madinah untuk melapurkan kejadian tadi
kepada Nabi Muhammad s.a.w Sementara itu Abu Basir sendiri telah tiba dihadapan Nabi Muhammad s.a.w Katanya kepada Nabi Muhammad s.a.w"Ya Rasulullah,
tuan telah kembalikan saya untuk menunaikan janji-janji tuan kepada
kafir-kafir Khuraish itu, tetapi saya sendiri tidak ada apa-apa yang
hendak ditunaikan. Saya tidak berjanji, Saya melepaskan diri kerana
takut kalau-kalau mereka merosakkan keimanan saya"
Sahut Nabi Muhammad s.a.w"Kamu
dengan secara tidak sedar sedang menyalakan apa peperangan. Tentu aku
berasa suka kalau engkau dapat diberi pertolongan."
Dari kata-kata Nabi Muhammad s.a.wAbu Basir berpendapat yang dia akan diserahkan kepada kafir Mushrikin sekiranya mereka membuat rayuan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Oleh yang demikian dia pun meninggalkan Madinah lalu menuju ke sebuah
tempat dipadang pasir berdekatan dengan pantai. Tidak lama kemudian Abu
Jandal pun menyertainya setelah melepaskan dirinya dari puak Khuraish.
Bilangan mereka telah meningkat apabila lebih banyak orang perlarian
Islam yang terlepas dari puak Khuraish menyertai mereka. Ditempat
persembunyian mereka ini, mereka telah menghadapi penderitaan hidup
yang maha hebat tetapi oleh kerana tidak tertakluk kepada Perjanjian
Hudaibiah, mereka telah mengganggu khalifah-khalifah Khuraish yang
berlalu lalang berdekatan dengan tempat persembunyian mereka.
Demikianlah hebatnya gangguan-gangguan yang mereka jalankan sehinggan
puak Khuraish terpaksa menemui Nabi Muhammad s.a.w dan merayu kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya berusaha memberhentikan gangguan-gangguan itu.
Mengikut cerita Abu Basir sedang menghadapi maut ditempat tidurnya apabila surat kiriman Nabi Muhammad s.a.wsampai ketangannya. Dalam surat itu Nabi Muhammad s.a.w telah membenarkan ia kembali ke Madinah. Dia meninggal sambil memegang surat yang dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Demikianlah kisah yang menunjukkan kekuatan iman seorang hamba Allah s.w.t.
Tidak ada suatu kuasa pun dipermukaan bumi ini yang dapat merosakkan
keimanan seseorang asal saja keimanan itu merupakan keimanan yang
sejati. Allah s.w.t. tetap akan menolong orang yang benar-benar beriman denganNya.
ISLAMNYA ABUZAR GHIFARI
Abuzar Ghifari merupakan seorang sahabat c yang
terkenal dengan perbendaharaan ilmu pengetahuan dan kesalehannya.Kata
Ali r.a.hu.: "Abuzar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang
tak dapat diperolehi oleh orang lain"
Apabila ia mula-mula mendengar khabar tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.,
dia telah menghantar saudara laki-lakinya untuk menyiasat dengan lebih
mendalam mengenai orang yang mendakwa menerima berita dari
langit.Setelah puas menyiasat, saudaranya pun melapurkan kepada Abuzar
yang Nabi Muhammad s.a.w. itu
seorang yang bersopan-santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang
dibaca kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli
syair. Lapuran yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abuzar.
Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataaan. Setibanya di Mekah, dia terus ke Baitul Haram. Pada masa itu dia tidak kenalNabi Muhammad s.a.w. dan memandangkan keadaaan pada masa itu dia berasa takut hendak bertanya darihal Nabi Muhammad s.a.w.Apabila
menjelang waktu malam, dia dilihat oleh Ali r.a.hu. Oleh kerana dia
seorang musafir Ali r.a.hu terpaksa membawa Abuzar kerumahnya dan
melayani Abuzar sebaik-baiknya sebagai tetamu. Ali r.a.hu tidak
bertanya sesuatu apa pun dan Abuzar bagi pihak dirinya pun tidak
memberitahukan Alitentang maksud kedatangannya ke Mekah. Pada keesokan harinya Abuzar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abuzar gagal menemui Nabi Muhammad s.a.w. kerana pada masa itu orang-orang ISLAM sedang
diganggu hebat oleh kafir-kafir musrikin. Bagi malam yang keduanya Ali
r.a.hu membawa Abuzar kerumahnya. Pada malam yang kedua ini pun Ali
r.a.hu tidak bertanya hal Abuzar, tetapi pada malam ketiga Ali r.a.hu
bertanya:"Saudara, apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?"
Sebelum
menjawab, Abuzar meminta Ali r.a.hu berjanji supaya bercakap benar.
Kemudian ia pun bertanya kepada Ali r.a.hu tentang Nabi Muhammad s.a.w.
Ali r.a.hu berkata sebagai menjawab soalan Abuzar:"Dia sesungguhnya
PESURUH ALLAH. Esok engkau ikut saja aku dan aku akan membawa kamu
menjumpainya. Tetapi awas bencana yang buruk akan menimpai kamu kalau
perhubungan kita ditahui orang. Semasa berjalan esok kalau aku dapati
bahaya mengancam kita aku akan berpisah agak jauh sedikit daripada kamu
dan berpura-pura membetulkan kasutku, tetapi engkau terus berjalan
supaya orang tidak mensyaki perhubungan kita."
Pada esoknya itu Ali r.a.hu pun membawa Abuzar bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Tanpa banyak soal-jawab, dia telah memeluk agama ISLAM. O;eh kerana takut kalau-kalau dia diapa-apakan oleh pihak musuh, Nabi Muhammad s.a.w. pun
menasihatinya supaya lekas balik dan supaya jangan mengistiharkan
pengislaman di khalayak ramai, tetapi Abuzar dengan berani menjawab:"Ya
Rasulullah, aku bersumpah dengan Allah yang jiwaku ditanganNya bahawa aku akan mengucap KALIMAH SYAHADAH dihadapan kafir-kafir musyirikin itu."
Janjinya pada Nabi Muhammad s.a.w. ditepatinya. Selepas ia meninggalkan Bagimda dia mengarahkan langkahnya ke Baitul Haram dimana dihadapan kaum musyrikin dan dengan suara yang lantang dia telah mengucapkan DUA KALIMAT SYAHADAH
"AKU MENYAKSIKAN YANG TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN AKU MENYAKSIKAN YANG MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH."
Apatah lagi, demi didengarinya ucapan Abuzar
itu, orang-oarang kafir pun menyerbuinya lalu memukulnya. Kalau
tidaklah kerana Abbas, (ayah saudara Nabi Muhammad s.a.w. yang ketika itu belum memeluk agama ISLAM
) Abuzar sudah tentu menemui ajalnya.Kata Abbas kepada kafir-kafir
musyirikin yang menyerang Abuzar:"Tahukah kamu siapa orang ini? Dia
ialah dari puak Ghifar. Khalifah-khalifah kita yang berulang alik ke
Sham terpaksa melalui perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, mereka
sudah tentu akan menghalang perniagaan kita dengan Sham."
Pada hari yang berikutnya Abuzar sekali lagi mengucap DUA KALIMAT SYAHADAH dihadapan kafir-kafir Quraish dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas.Keghairahan Abuzar mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH dihadapan kafir-kafir Khuraish sungguh-sungguh luar biasa kalau dikaji dalam kontek larangan Nabi Muhammad s.a.w. kepadanya. Apakah dia boleh dituduh sebagai telah mengingkari perintah Nabi Muhammad s.a.w.
Jawabnya-TIDAK. Dia tahu yang Nabi Muhammad s.a.w. sedang mengalami penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya kearah menyibarkan agama Islam. Dia hanya hendak mencontohi Nabi Muhammad s.a.w.
walaupun dia mengetahui dengan berbuat demikian dia mendedahkan dirinya
kepada bahaya. Semangat keislaman yang sebeginilah yang telah
membolehkan para sahabat mencapai puncak kejayaan dalam alam lahiriah
serta batiniah. Keberanian Abuzar ini sudah selayaknya dicontohi oleh
umat Islam dewasa ini didalam rangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiah. Kekejaman, penganiayaan serta penindasan tidak semestinya melemahkan semangat mereka yang telah mengucapkan Dua Khalimah Syahadah.
PENDERITAAN KHABBAB BIN ALARAT
Khabbab
ialah seorang manusia yang telah banyak berkorban kerana agama yang
telah dianutinya. Dia awal-awal lagi telah memeluk agama Islam dan oleh
yang demikian penderitaan yang ditanggungnya pun agak lama juga. Dia
telah dipaksakan memakai baju besi dan disuruh berbaring dipasir,
mendedahkan badannya pada panas matahari yang terik hingga kulitnye
mengelupas. Khabbab adalah seorang hamba abdi kepada seorang perempuan.
Apabila diketahui oleh si perempuan tadi yang dia sering melawat Nabi Muhammad s.a.w kepalanya diselar dengan panas yang merah membara.
Umar r.a.hu semasa beliau menjadi Khalifah
telah bertanya kepaha Khabbab tentang penderitaannya dikala mula-mula
menganuti agama Islam dahulu. Sebagai menjawab dia menunjukkan
parut-parut luka dibelakang badannya. Kata Umar,"Aku tidak pernah
melihat belakang badan yang sedimikian rupa." Melanjutkan ceritanya dia
mengatakan yang dia telah diheret diatas suatu timbunan bara api
sehingga lemak-lemak dan darah yang mengalir dari badannya memadamkan
bara-bara api itu. Apabila agama Islam telah merebak ke merata-rata
tempat, Khabbab sering duduk menangis sambil berkata:"Nampaknya Allah s.w.t.
sedang memberi ganjaran bagi segala penderitaan yang kita alami.
Mungkin di akhirat nanti tidak ada ganjaran yang bakal kita terima."
Khabbab bercerita:
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah mengimami kami dalam sembahyang. Rasulullah s.a.w telah memanjangkan suatu rakaat. Diakhir sembahyang itu kami bertanya tentang rakaat yang panjang tadi. Rasulullah s.a.wmenjawab:"Saya telah membuat tiga permintaan kepada Allah s.w.t.. Saya berdoa:"Ya Allah,
janganlah hendaknya ummatku mati kerana kebuluran, janganlah hendaknya
ummatku dihapuskan oleh musuh dan janganlah hendaknya mereka berkelahi
sesama mereka"."Allah s.w.t.. telah menunaikan hanya dua permintaanku yang pertama."
Khabbab telah meninggal dunia apabila usianya
meningkat tiga puluh tujuh tahun. Dia merupakan sahabat yang pertama
sekali dikebumikan di Kufah. Pada suatu ketika apabila Ali r.a.hu
melalui pusaranya beliau pun berkata:"Moga-moga Allah s.w.t. memberkhati dan melimpahkan rahmatNya
keatas Khabbab. Dia telah memeluki Islam dengan segala senang hati dan
telah menumpukan segala tenaganya semasa ia hidup untuk berusaha
dijalan Allah, walaupun
dengan berbuat demikian dia menderita kesusahan. Berbahagialah orang
yang sentiasa mengingati hari Kiamat, yang sentiasa bersiap sedia untuk
menghadapi perhitungan diAkhirat nanti, yang berpuas hati dengan hidup
berdikit-dikit didunia ini dan yang perbuatannya mendatangkan keridhaan
tuhan."
Keridhaan Allah s.w.t.lah yang menjadi matlamat tunggal perjuangan hidup para sahabat semuanya. Semoga kita semua juga akan mendapat keridhaan Allah s.w.t.
AMMAR DAN IBUBAPANYA
Ammar
dan kedua-dua orang tuanya termasuk dalam golongan kaum Muslimin yang
disaksikan oleh pemusuh-pemusuh Islam kerana menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah diazabkan diatas batu-batu dan tanah yang panas membakar. Apabila Rasullullah s.a.w. lalu berdekatan mereka Nabi Muhammad s.a.w. akan
menggesa mereka supaya bersabar sambil memberi khabar gembira mengenai
syurga. Yasir, ayah kepada Ammar telah meninggal dunia setelah menerima
penyiksaan yang berpanjangan. Ibunya yang telah tua pula ditikam mati
dengan dengan lembing oleh Abu Jahal. Dia enggan meninggalkan agamanya
walaupun disiksa dengan pedihnya. Dia merupakan wanita pertama yang
sahid kerana mempertahankan agama.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah, Ammar telah menawarkan hendak membuat sebuah binaan dimana Nabi Muhammad s.a.w.
boleh duduk, berehat diwaktu petang dan mengerjakan solat. Binaan ini
didirikan dengan batu-batu yang dipungutkan oleh dirinya sendiri. Dia
menentang musuh-musuh Islam dengan
penuh keghairahan dan keberanian. Dalam suatu pertempuran dia telah
berkata dengan gembiranya: "Aku akan menemui kawan-kawan aku tak lama
lagi. Aku akan berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya."
Kemudian ia meminta air untuk diminum tetapi dia
diberi susu. Sambil mengambil susu itu dia berkata: "Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w.. berkata padaku:"susu inilah minuman kau yang terakhir didunia!"
Dia bangun lalu meneruskan perjuangannya
menentang musuh sehingga ia gugur. Pada masa itu dia berusia sembilan
puluh empat tahun.
ISLAMNYA SOHAIB
Sohaib dan Ammar memeluk Islam pada waktu yang sama. Pada masa itu Nabi Muhammad s.a.w. tinggal
ditempat kediaman Arqam. Mereka datang secara berasingan untuk memeluk
agama Islam dan telah bertemu dipintu rumah Arqam. Sohaib seperti
Ammar telah menderita akibat penyiksaan yang diterima ditangan
pemusuh-pemusuh Islam. Akhirnya dia memutuskan hendak berhijrah ke
Madinah.Kafir-kafir Quraish tidak mahu dia berbuat demikian lantas
menghantar suatu gerombolan untuk memaksanya balik ke Mekah.Sebaik-baik
sahaja kafir-kafir musyrikin itu mendekatinya, dia memekik kepada
mereka:"Kamu semua tahu yang aku ini pemanah yang lebih handal daripada
kamu. Selagi ada anak panah pada ku selama itulah kamu tidak dapat
menghampiri aku. Apabila habis anak panah ku aku akan menggunakan
pedang aku pula. Kalau kamu suka pergilah ambil wangku yang
kutinggalkan di Mekah dan dua orang sahaya perempuanku sebagai penebusan
diriku."
Mereka bersetuju. Dia pun memberitahu tempat
dimana wangnya disimpan. Selepas itu dia meneruskan perjalanannya ke
Madinah. Berkenaan dengan perbuatan Sohaib ini Allah s.w.t. telah menurunkan ayat yang berikut kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Dan dari antara manusia ada yang menjual dirinya kerana hendak mencari keridhaan Allah dan Allah itu amat penyayang kepada hamba-hambaNya."
Pada ketika menerima ayat ini Nabi Muhammad s.a.w.. berada di Qubo. Apabila dilihatnya Sohaib, Baginda s.a.w. pun berkata: "Penjualan yang baik sungguh, Sohaib."
ISLAMNYA UMAR
Umar r.a.hu selepas ia memeluk agama Islam,
menjadi kebanggaan orang-orang Islam dan musuh ketat kafir-kafir
musyrikin tetapi sebelum itu dia menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan
mengganggu orang-orang yang menganuti Islam.
Dalam suatu mesyuarat orang-orang Quraish, pada suatu hari mereka telah
memutuskan hendak meminta salah seorang daripada mereka supaya membunuh
Nabi Muhammad s.a.w.
Umar telah tampil kehadapan sebagai sukarelawan
yang ingin mengusahakan pembunuhan itu. Tiap-tiap Quraish yang
menghadiri mesyuarat itu berkata serentak"Ya, engkaulah yang dapat
melakukannya,Umar!"
Dengan pedang yang bergantungan dilehernya, Umar pun mengarahkan langkah menuju ketempat kediamanNabi Muhammad s.a.w. Dalam
perjalanannya ia telah menemui Saad bin Abi Waqqas. Saad berkata:
"Kemana kau, Umar?"Umar menjawab: "Aku hendak pergi menamatkan riwayat
hidup Nabi Muhammad " Saad:
"Kalau begitu Banu Hashim, Banu Zuhrah dan Banu Abdi Manaf akan membunuh
kamu sebagai tindakan balas."Umar(gelisah dengan amaran itu) berkata:
"Nampaknya kau juga telah meninggalkan agama nenek moyang kau. Biar aku
kerjakan kau dahulu."
Umar dengan serta merta menghunus pedangnya.
Sambil mengistiharkan pengislamannya Saad juga berbuat demikian. Sebelum
bertarung dengan Umar sempat juga berkata:"Lebih baik kau menguruskan
rumahtangga kau dahulu. Saudara perempuan kau dan iparkau, kedua-duanya
telah memeluk agama Islam"
Kemarahan Umar ketika mendapat cerita itu tak
dapat diceritakan lagi. meninggalkan Saad, dia menggerakkan langkahnya
kearah rumah saudara perempuannya. Setibanya dirumah itu dia dapati
rumah itu telah berkunci dari dalam. Sambil mengetuk-ngetuk pintu itu
dia menjerit dengan sekuat tenaga kepada saudaranya supaya pintu itu
dibuka. Mendengar suara Umar, Khabbab telah lari bersembunyi
meninggalkan masyaf-masyaf Quran
yang sedang mereka baca. Apabila pintu dibuka Umar dengan cepat
menempeleng saudaranya sambil berkata:"Hai pengkhianat dirimu sendiri,
engkau juga telah meninggalkan agamamu."
Tanpa menghiraukan kepala saudaranya yang
berdarah, dia masuk kedalam sambil bertanya: "Apakah kelian sedang buat
tadi dan siapa dia orang yang suaranya aku dengar dari luar?" Iparnya
menjawab:"Kami hanya berbual-bual." Umar bertanya kepada iparnya "Adakah
kamu juga telah meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama
baru?" Ipar Umar menjawab:" Bagaimana pula agama baru itu lebih baik
dari agama kita yang lama itu?" Jawapan itu menyebabkan Umar memukul
dengan kejam dan menarik-narik janggutnya. Saudaranya yang datang
hendak melerai mereka juga dipukul sehingga mukanya berlumuran dengan
darah. Sambil menangis saudara perempuannya berkata:"Umar! kami dipukul
hanya kerana kami memeluk agama Islam. Kami berazam hendak mati sebagai
orang-orang Islam Kau bebas melakukan apa saja yang kau suka atas diri
kami."
Apabila hatinya sejuk sedikit dia berasa malu
atas perbuatannya terhadap saudara perempuannya itu. Tiba-tiba ia
terpandang akan masyaf-masyaf yang ditinggalkan oleh Khabbab tadi.
Katanya:"Baiklah, tunjukkan masyaf-masyaf ini." "Tidak," kata
saudaranya.: "Badan kau tak bersih dan orang yang tak bersih tak
seharusnya memegang masyaf-masyaf ini." Umar akhirnya membersihkan
badannya dan mula membca masyaf-masyaf tadi. Surah yang dibacanya ialah
SURAH TAHA.Dia membaca dari permulaan surah itu.Seluruh sikap dan pandangannya berubah apabila ia sampai ke ayat yang bermaksud:
"Akulah Allah. Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang buat mengingati Aku."
Kata Umar: "Baiklah, bawa aku bertemu dengan Muhammad "
Mendengar kata-kata Umar itu Khabbab pun
keluarlah dari tempat persembunyiannya sambil berkata:"Ya Umar, ada
berita baik untuk kamu. semalam (iaitu malam Juma'at)Nabi Muhammad s.a.w. telah berdoa kepada Allah s.w.t..: "Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Umar atau Abu Jahal, siapa yang Engkau suka.".Nampaknya Allah s.w.t. telah memilih engkau sebagai menunaikan permintaan Nabi Muhammad s.a.w.
Umar telah menemui Nabi Muhammad s.a.w.
dan pada pagi Juma'at dia telah memeluk agama Islam Pengislaman Umar
merupakan merupakan suatu pukulan yang hebat kepada puak musyrikin.
Sungguh pun begitu bilangan orang Islam terlalu kecil kalau
dibandingkan dengan bilangan puak musuh. Kafir-kafir musyrikin telah
memperhebatkan usaha-usaha mereka untuk menghapuskan orang-orang Islam
serta agama mereka. Dengan Islamnya Umar, kaum Muslimin telah
bertambah berani dan sekarang mereka mendirikan sembahyang di Baitul Haram.
Kata Abdullah bin Masud: "Pengislaman Umar merupakan suatu kejayaan
besar kepada kaum Muslimin, perpindahannya menguatkan kami dan
perlantikannya sebagai Khalifah merupakan suatu keberkatan kepada
kami.:"
PERPINDAHAN KE HABSHAH DAN PEMULAUAN DILEMBAH IBNU ABI TALIB
Kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh kaum Muslimin semakin bertambah-tambah. Baginda s.a.w akhirnya
membenarkan mereka meninggalkan Mekah. Negeri Habshah pada masa itu
diperintahkan oleh seorang raja Kristian (kemudiannya telah memeluk
Islam) yang masyhur dengan belas-rahim dan keadilannya. Dalam bulan
Rejab, selepas selepas lima tahun Nabi Muhammad s.a.w.
menjalankan dakwahnya, kumpulan orang-orang pelarian yang pertama telah
berlepas ke Habshah. Kumpulan ini terdiri daripada lima belas orang
lelaki dan lima orang perempuan. Puak Quraish yang mengejar mereka tiba
dipelabuhan selepas kapal mereka bertolak. Setibanya mereka diHabshah ,
mereka mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa kesemua puak
Quraish telah beriman dan menerima ajaran Islam.
Kegembiraan mereka bukan kepalang. Mereka pun memutuskan hendak kembali
ketanah air mereka, tetapi apabila hampir-hampir tiba keMekah mereka
dapati yang berita angin yang mereka dengar semasa diHabshah tidak
benar sama sekali. Kempen mengganggu orang-orang Islam
tidak sedikit pun berkurangan. Oleh hal yang demikian setengah
daripada mereka terpaksa belayar kembali keHabshah sedangkan yang
lainnya memasuki kota Mekah dengan perlindungan orang-orang yang
berpengaruh. Peristiwa ini dikenali dengan 'PERPINDAHAN KEHABSHAH YANG
PERTAMA'. Tidak lama kemudian satu rombongan yang lebih besar terdiri
daripada lapan puluh orang lelaki dan lapan belas perempuan telah
berlepas keHabshah. Pemergian yang kedua ini disebut sebagai
'PERPINDAHAN KEHABSHAH YANG KEDUA'. Ahli-ahli rombongan yang kedua ini
termasuk juga sebilangan kecil para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
Pemergian orang-orang Islam keHabshah
menimbulkan kemarahan kafir-kafir Quraish. Suatu rombongan puak
Quraish lengkap dengan hadiah-hadiah yang akan diberi kepada Raja
Habshah, pembesar-pembesar istananya dan paderi-paderi Kristian telah
berlepas kesana. Setelah pembesar-pembesar istana disogok mereka dengan
senang masuk keistana penghadapan untuk menemui Raja. Mereka
disujudkan dihadapan Raja sambil meletakkan hadiah-hadiah didepannya.
Mereka pun berbicara: "Tuanku, sebilangan kecil
orang-orang kami telah meninggalkan agama mereka yang turun termurun dan
telah memeluk agama baru yang bertentangan dengan agama kami dengan
agama kamu. Merka telah datang untuk tinggal disini. Pembesar-pembesar
Mekah, ibu bapa dan kaum kerabat mereka telah menghantar kami untuk
membewa mereka balik. Kami memohon Tuanku supaya mereka diserahkan
kepada kami."
Jawab Raja Habshah:" Kami tidak dapat menyerah
orang yang telah diminta perlindungan kami tanpa usul periksa. Biarlah
mereka dibawa kehadapan kami supaya dapat kami mengkaji hujah-hujah
mereka. Kalau tuduhan kemurtadan yang telah kamu melemparkan terdapat
mereka itu benar kami akan serahkan mereka kepada kamu."
Oleh Raja Habshah disuruhnya pegawai-pegawainya membawa orang Islam kebalai penghadapan.Orang-orang Islam itu berasa gelisah kerana tidak tahu apa yang mesti diperbuat tetapi Allah s.w.t.
telah memberikan peransang. Sebaik-baik sahaja mereka sampai sampai
dihadapan Raja mereka menyampaikan salam kepadanya. Seorang pegawai
istana telah membantah mengatakan yang mereka tidak bersujud dihadapan
raja. Mengikut adat kebiasaan orang-orang Habshi mereka
menerangkan:"Nabi kami telah melangkan kami supaya bersujud kepada
sesiapa melainkan Allah s.w.t."
Kemudian Raja Habshah telah menyuruh mereka
membentangkan hujah-hujah mereka sebagai mempertahankan diri dari
pertuduhan puak Quraish. Jaafar r.a.hu bangun lalu berucap:"Tuanku!
Kami ini manusia yang jahil. Kami tidak mengenal Allah s.w.t. dan Pesuruh-pesuruhNya.Kami
menyembah batu-batu, memakan bangkai serta mengerjakan segala jenis
kejahatan.Kami tidak menunaikan kewajipan kami terhadfap kaum kerabat
kami. Yang kuat diantara kami akan menindas yang lemah. Akhirnya
bangunlah seorang Nabi yang membawa pembaharuan didalam penghidupan
kami. Keturunan yang mulia, perangainya yang lurus dan kehidupannya
yang suci bersih diketahui umum.Dia menyeru kami supaya kami menyembah Allah s.w.t. dan
meninggalkan perbuatan-perbuatan syirik.Dia mengajar kami melakukan
perbuatan yang Ma'ruf dan meninggalkan yang Mungkar. Dia mengajarkan
kami supaya bercakap benar, menunaikan amanah, menghormati kaum-kaum
kerabat dan berbuat baik dengan jiran tetangga. Daripadanya kami
belajar sembahyang, berpuasa, berzakat dan berkelakuan baik. Kami diajar
supaya menjauhi perbuatan-perbuatan jahat dan pertumpahan darah. Dia
melarang perzinaan, perbuatan-perbuatan lucah, bercakap bohong, memakan
harta-harta anak yatim dengan secara haram, mengada-adakan fitnah dan
sebagainya. Dia mengajar kami Quran dan Kitabullah yang
mengkagumkan. Jadi kami percayakan kepadanya, kami mengikuti jejak
langkahnya dan menerima ajaran yang dibawanya.Oleh kerana inilah maka
kami telah menggangui dan disiksa dengan harapan kami akan kembali
kepada keadaan sediakala.Apabila kejaman orang-orang kami melampui
batas-batas perikemanusiaan, kami pun dengan doa restu Nabi kami telah
datang kemari untuk berlindung ditempat Tuanku."
Kata Raja Habshab:"Perdengarkan sedikit kuma Quran
yang telah kamu pelajari daripida Nabi kamu." Jaafar pun membacalah
ayat-ayat pada permulaan 'Surah Mariam'. Ayat-ayat yang dibaca begitu
mengharukan hati nurani para pendengar sehingga pipi mereka dibasahi air
mata."Demi Allah!" kata
Raji Habshah."Perkatan-perkataan ini dari perkataan-perkataan yang
diturunkan kepada Musa merupakan cahaya dari suatu sumber sinaran yang
sama."
Menoleh kepada perwakilan puak Quraish, Dia
berkata yang dia enggan menyerahkan orang-orang pelarian itu kepada
mereka.Sungguhpun orang-orang Quraish telah berasa malu dan hampa namun
mereka tidak mahu mengaku kalah. Mereka mengadakan mesyuarat dimasa
salah seorang daripada mereka telah berkata,:"Aku ada satu rancangan
yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan baginda terhadap
mereka."Rancangan ini tidak dipersetujui oleh rombongan-rombongan
Quraish yang lain. Mereka berpendapat bahawa jiwa orang-orang Islam akan
terancam jika ianya berhasil. Mereka tidak ingin membahayakan orang
yang sedarah sedaging dengan mereka. Tetapi orang mencadangkan itu
tiddak mahu membatalkannya. Pada esoknya, dipengaruhi pleh orang lain,
perwakilan Quraish telah menghasut Raja Habshah dengan menatakan yang
orang perlarian Islam tidak percaya yang Nabi Musa itu anak Allah s.w.t. Sekali lagi orang-orang Islam
dibawa menghadap raja. Meraka gementar kerana ketakutan apabila ditanya
mengenai pendirian mereka tentang Nabi Musa a.s mereka dengan tegas
menjawab: "Kami percaya kepada kata-kata Allah yang telah diturunkan kepada Nabi kami mengenai Isa iaitu dia hanya seorang hamba dan Pesuruh Allah Kami juga percaya dengan kata-kata Allah s.w.t. yang telah disampaikanNya kepada Maryam"
Negus (Raja Habshah) berkata:"Demikian juga
dakwah Isa mengenai dirinya."Paderi-paderi yang mendengar kata-kata
Negus bersungut-sunut sebagai membantah tetapi dia tidak menghiraukan
mereka. Dia mengembalikan hadiah-hadiah yang telah diberikan oleh
perwakilan Quraish. Berpaling kepada pelarian-pelarian Islam, dia
berkata:"Pergilah hidup dengan aman. Orang-orang yang menganiayai kamu
akan menerima hukuman yang berat."Satu pengistiharan diraja telah
dirasmikan mengenai perkara ini. Rombongan Quraish telah balik dengan
perasaan sedih dan memalukan.
Kegagalan perwakilan Quraish dan kemenangan
orang-orang Islam telah menyebabkan pihak mushrikin Mekah bertambah
berang..Api merahan mereka telah bersemarak lagi apabila Umar telah
memeluk agama Islam. Akibat kemarahan yang berleluasa ini, suatu
persidangan yang dihadiri oleh pemuka-pemuka puak Quraish telah
diadakan. Tujuan utama mesyuarat ini ialah hendak merancang pembunuhan Baginda s.a.w. Mereka hendak mengatasi masalah Nabi Muhammad s.a.w. dengan sekali gus tetapi pembunuhan ini bukan satu perkara yang senang diselenggarakan. Banu Hashim, puak Nabi Muhammad s.a.w. sangat
banyak bilangan ahli-ahlinya dan sangat kuat pengaruhnya dikalangan
bangsa Quraish. Sungguhpun banyak diantara mereka tidak menganuti
agama Islam mereka sudah tentu tak akan berdiam diri kalau salah
seorang daripada mereka dibunuh. Oleh hal yang demikian pemuka-pemuka
Quraish telah memutuskan hendak menjalankan pemulauan sosial keatas Banu
Hashim. Mereka telah menyusun satu dokumen dalam mana dinyatakan
puak-puak Quraish lainnya tidak akan bergaul dan berjual-beli dengan
puak Banu Hashim selagi mereka tidak menyerahkan Nabi Muhammad s.a.w.untuk dibunuh. Dokumen yang ditandatangi oleh pemuka-pemuka Quraish itu digantung di Kaabah. Pemulauan itu berjalan dan berkuatkauasa selama tiga tahun dan selama itu pula Nabi Muhammad s.a.w. dan puak Banu Hashim terkepung didalam satu lembah diluar Kota Mekah. Mereka
tidak dibenarkan keluar dari lembah itu dan tidak boleh berjual-beli
dengan puak-puak Quraish yang lain hatta dengan pedagang-pedagang asing
sekalipun. Mereka yang melewati batas 'penjara' mereka ataupun yang
cuba membeli barang-barang makanan dipukul dengan sekejam-kejamnya.
Pemulauan ini sudah tentu mengakubatkan puak Bani Hashim menghadapi
kebuluran. Mujur juga ada sedikit makanan yang telah diseludup oleh
lelaki puak Quraish yang lain yang telah berkahwin dengan wanita-wanita
Banu Hashim. Penderitaan yang dialami oleh mereka tidak dapat
dibayangkan. Walau bagaimanapun Nabi Muhammad s.a.w dan
para sahabatnya tetap teguh dengan keimanan mereka dan dalam keadaan
yang tidak menyenangkan ini sempat juga mereka menyaampaikan ajaran
Ilahi kepada manusia yang senasib dengan mereka.
Akhirnya selepas tiga tahun dengan khudrat dan iradat Allah s.w.t.
dokumen yang digantung diKaabah telah hancur dimakan oleh anai-anai dan
pemulauan yang dikenakan keatas Banu Hashim dengan sendirinya
terbatal.
Demikianlah dengan serba ringkasnya gambaran penderitaan yang telah dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan
para sahabatnya. Kita yang mendakwa kita sebagai pengikut-pengikut
mereka patut bertanya kepada diri kita sendiri menegenai usaha-usaha
yang telah kita jalankan untuk menegakkan Syariat-syariat Islam. Apakah pengorbanan yang telah kita lakukan dijalan Allah s.w.t.? Kita
ingin majukan duniawi dan nikmat hidup ukhrawi tetapi kita lupa yang
ini semua tidak mungkin diperolehi tanpa pengorbanan dijalan Allah s.w.t.
KETAKUTAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEWAKTU BERLAKU RIBUT
Telah berkata Aishah r.a.hu apabila angin ribut yang membawa awan hitam bertiup,wajah Nabi Muhammad s.a.w. kelihatan pucat kerana takutkan Allah s.w.t.. Baginda s.a.w. keluar masuk dalam keadaan gelisah sambil membaca doa berikut yang maksud: "Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebajikan angin ini dan kebajikan yang ada didalamnya dan kebajikan apa yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan yang Engkau kirimkan dengannya."
Kata Aishah lagi: "Apabila hujan mulai turun terbayang tanda-tanda kesukaan diwajah Nabi Muhammad s.a.w. Aku bertanya kepadanya: "Ya Rasulullah,
apabila kelihatan semua orang merasa suka kerana yang demikian
menandakan hujan akan turun tetapi mengapa aku melihat kamu pula berasa
cemas?" Baginda s.a.w.menjawab. "Ya Aishah, bagaimana aku dapat menentukan bahawa angin yang bakal mendatang itu tidak menandakan kemurkaan Allah s.w.t.?
Kaum A'ad telah dihapus oleh angin. Mereka berasa gembira apabila
melihat awan-awan hitam tetapi bukannya hujan yang dibawa bahkan
pembinasaan mereka sendiri."
"Maka takkala mereka melihat (ancaman) itu
sebagai awan menghadap kelembah-lembah mereka, mereka berkata"Ini awan
yang akan menurunkan hujan keatas kita." "Bukan! bahkan ialah ancaman
yang kamu mintaya disegerakan iaitu angin yang didalamnya azab yang
pedih- yang binasakan tiap-tiap suatu dengan perintahnya, sehingga
jadilah mereka tidak kelihatan melainkan tempat-tempat mereka.
Demikianlah kami balas kaum yang derhaka."
Tuhan telah berjanji melalui sepotong ayat dalam SURAH AN-ANFAL yang Dia tidak akan mengazabkan manusia selagi Nabi Muhammad s.a.w. ada bersama-sama mereka. Dalam pada itu pun tiap-tiap kali angin kencang bertiup Nabi Muhammad s.a.w. tetap merasa takut. Bandingkan pula perasaan Baginda s.a.w. dengan perasaan kita apabila kilat memancar ataupun banjir berlaku. Yang takut segelintir sahaja. Merekalah yang mengucap Istighfar. Yang lain sibuk dengan keseronokkan hidup masing-masing.
AMAL PERBUATAN ANAS SEWAKTU RIBUT BERLAKU
Diceritakan oleh Nadhr bin Abdullah.
"Pada
suatu hari ketika Anas masih hidup cuaca telah menjadi kelam. Saya
pergi berjumpa dengannya sambil bertanya: "Pernah kau lihat perkara
yang seperti ini berlaku semasa hayat Rasullullah s.a.w.?" Dia menjawab:"Aku berlindung dengan Allah s.w.t..
Pada masa itu kalau berlaku angin ribut kami akan bersegera kemasjid
takut kalau-kalau berlaku hari kiamat."Abu Darda bercerita: "Apabila
angin kencang bertiup Nabi Muhammad s.a.w. akan berasa cemas. Baginda s.a.w. akan pergi kemasjid."
Amalan seperti ini jarang sekali diperbuat oleh umat Islam sekarang sama ada dari golongan orang kebanyakan ataupun ulama. Mungkin mereka tidak ketahui yang amalan ini merupakan satu sunnah Baginda Rasullullah s.a.w.
RASULULLAH S.A.W. PADA MASA GERHANA MATAHARI
Matahari
telah gerhana pada suatu hari. Para sahabat telah meninggalkan
pekerjaan mereka masing-masing. Kanak-kanak kecil yang sedang berlatih
memanah berlari-lari menuju kemasjid untuk mengetahui apa yang akan
dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sembahyang dua rakaat yang sangat panjang sehingga ada orang yang jatuh pengsan. Dalam sembahyang itu Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis sambil berkata:"Ya Tuhanku,
engkau telah berkata yang engkau tidak akan menyiksa (umatnya) selagi
aku berada bersama mereka dan selagi mereka meminta keampunan engkau."
Disini terjelaslah yang Nabi Muhammad s.a.w.. merujuk kepada ayat Al-Quran yang bermaksud:
"Tetapi Allah tidak akan mengazabkan mereka selagi engkau ( Nabi Muhammad s.a.w.) bersama mereka dan DIA tidak akan mengazabkan, mereka meminta keampunan." - (surah AL-ANFAL-33)
Kemudian dia mengucap kepada para jemaah:
"Kamu
hendaklah bersegera melakukan solat apabila berlaku gerhana bulan atau
matahari. Kalau kamu tahu tanda-tanda hari Kiamat sebagaimana aku
ketahui tentu kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.
Peristiwa-peristiwa seperti ini memerlukan kita bersembahyang, berdoa
kepada Allah s.w.t. dan bersedekah kepada fakir-miskin."
TANGISAN NABI MUHAMMAD S.A.W. SEMALAMAN
Sekali, Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis semalam-malaman sambil mambaca berkali-kali dalam sembahyang Tahajjudnya ayat yang bermaksud:
"Jika Engkau siksa mereka maka sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau ampunkan mereka maka sesungguhnya Engkaulah yang maha kuasa dan bijaksana"
Tangisan seperti ini pernah sekali dilakukan
oleh IMAM ABU HANIFA (RAHMATULLAH ALAIHI) sambil membaca ayat ini yang
bermaksud:
"Dan berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa"
Ayat ini membawa makna yang orang-orang yang mendurhakai Allah s.w.t. akan disuruh berpisah daripada mereka yang berbakti kepadaNya
dan tidak dibenarkan bergaul dengan para salehin sebagaimana yang
diperbuat oleh mereka didunia. Mengenangkan peristiwa yang bakal berlaku
ini, maka mereka yang bertakwa sering menangis lantaran takut
dimasukkan kedalam golongan yang mengengkari Allah s.w.t. pada hari Perhitungan kelak.
CONTOH TAKWA YANG DIPERTUNJUKKAN OLEH ABU BAKAR
Tidak syak lagi bahawa Abu Bakar r.a.hu
merupakan manusia yang paling tinggi mertabatnya dikalangan para
sahabat. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menyampaikan berita gembira mengenai kedudukannya yang utama diantara penguni-penghuni syurga yang maha mulia.
Kata Nabi Muhammad s.a.w.:"Nama Abu Bakar akan diseru daripada segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya."
Namun demikian perasaan takutnya kepada Allah s.w.t.
tetap bertakhta dikalbunya. Dia sering berkata: "Alangkah baiknya kalau
aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api"
Kadang-kadang dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai
rumput yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor
binatang ternakan."
Pada suatu hari dia telah pergi kesebuah taman
dimana ia lihat seekor burung sedang berciap-ciap. Katanya: "Wahai
burung! Sungguh bertuah kamu. Kau makan minum dan bertebangan dibawah
naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang perasaan takut tentang hari
perkiraan Aku ingin menjadi seperti engkau,wahai burung."
Rabi'ah Aslami r.a.hu telah bercerita:
"Pada suatu hari saya telah bertentangan dengan
Abu Bakar. Semasa pertengkaran itu berjalan, dia telah mengeluarkan
sepatah perkataan kesat terhadap saya. Dengan serta-merta itu juga, dia
telah menyedari akan kesalahannya itu lalu berkata: "Wahai saudara,
gunakanlah perkataan itu terhadap saya sebagai tindakan balas."
Saya enggan berbuat demikian. Dia
menggesa-gesakan saya supaya menggunakan perkataan kesat tadi dan
berkata hendak merujukkan perkara itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Saya
tidak juga mahu mengalah. Dia lalu bangun lalu meninggalkan saya.
Beberapa orang ahli dari puak saya yang menyaksikan peristiwa tadi
mencemuh: "Ganjil betul orangnya, dia yang melakukan kesalahan dan dia
pula mengancam hendak mengadu kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Saya dengan segera menyampuk: " Kamu tahukah
siapa dia? Dia adalah Abu Bakar. Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi Muhammad s.a.w. dan menyinggung Nabi Muhammad s.a.w. bererti menyinggung Allah s.w.t., kalau perbuatan aku menyinggung Allah s.w.t., siapakah gerangannya yang akan menyelamatkan aku?"
Saya pun bangun lantas pergi menghadap Nabi Muhammad s.a.w. kepada Nabi Muhammad s.a.w. saya bercerita apa yang telah berlaku. Kata Nabi Muhammad s.a.w.:"Keengganan
kamu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya,
tetapi untuk mengeluarkan penderitaan batinnya, kamu sekurang-kurangnya
dapat berkata: "Semoga Allah s.w.t mengampuni kamu wahai Abu Bakar."
Begitulah takwa yang telah dipertunjukkan oleh
Abu Bakar. Keengganannya menerima pembalasan dialam akhirat menyebabkan
dia memaksa Rabiah Aslami supaya mengambil tindakan balas terhadapnya.
Kekesalannya dan penderitaan batinnya akibat kesalahannya itu
sedemikian rupa sehingga dia sanggup menceritakan segala-galanya kepada
Nabi Muhammad s.a.w. dengan harapan Nabi Muhammad s.a.w. dapat
menolong. Bagaimanakah pula perasaan kita, ummat Islam kini selepas
melakukan kesalahan yang seperti diatas? Kita seringkali melakukan
kesalahan tanpa perasaan takut akan pembalasan sama ada didunia atau
pun diakhirat nanti.
CONTOH TAKWA YANG DITUNJUKKAN OLEH UMAR
Umar
r.a.hu kerap memegang sehelai jerami sambil berkata: "Alangkah baiknya
kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini." Kadang-kala dia berkata:
"Alangkah baiknya kalau aku tidak dilahirkan oleh ibuku!"
Pada suatu ketika Umar sedang sibuk dengan
urusan yang penting. Tiba-tiba datang satu hamba Allah dengan satu
pengaduan yang berkehendakkan pembetulan. Oleh Umar dicemetinya orang
itu dibahagian bahunya. Umar berkata: "Bila aku duduk hendak menerima
pengaduan engkau tidak datang tetapi bila aku sibuk dengan urusan
penting engkau datang menggangui aku."
Tanpa berkata apa-apa orang itu pun meninggalkan
Umar. Sejurus kemudian ia dibawa kehadapan Umar sekali lagi. Sambil
mengunjukkan cemeti tadi padanya Umar berkata: "Pukullah aku sebagai
membalas perbuatan tadi." "Kata orang itu: "Saya mengampuni awak kerana Allah s.w.t."
Kekesalan Umar tidak dapat dibayangkan. Dengan
cepat dia kembali kerumahnya lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua
rakaat. Dia mengkritik dirinya sendiri seperti berikut: "Wahai Umar,
dahulu kedudukanmu rendah tetapi kini telah ditinggikan oleh Allah s.w.t.. Dahulu kamu sesat tetapi kini telah dipimpin oleh Allah s.w.t. dan Dia telah memberi kamu kuasa keatas hamba-hambaNya.
Apabila salah seorang daripada mereka datang untuk mendapat keadilan
ia dipukul dan disakiti. Apakah alasan yang hendak kamu berikan
dihadapan Allah s.w.t.?"
Soalan ini dihadapkan kepada dirinya bukan
sekali malah beberapa kali. Pada suatu malam Umar sedang meronda
disuatu tempat dipersekitaran kota Madinah dengan hambanya Aslam.
Tiba-tiba kelihatan cahaya api tidak jauh dari tempat mereka berada.
Dia berkata: "Nun ditengah-tengah padang pasir nampaknya ada khemah,
mungkin kepunyaan suatu khalifah yang tidak dapat memasuki kota kerana
kegelapan malam. Mari kita uruskan perlindungan mereka."
Setibanya mereka ditempat perkhemahan itu, yang
kelihatan hanyalah seorang perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si
ibu tadi sedang menjerang secerek air, sambil memberi salam dia meminta
izin untuk mendekatinya.
Umar: "Mengapa kanak-kanak ini menangis"
Perempuan: Kerana mereka lapar"
Umar: "Apa yang ada didalam cerek itu?"
Perempuan: "Hanya air untuk memperdayakan mereka supaya mereka tidur dengan sangkaan yang makanan sedang disediakan untuk mereka. Ah, Allah s.w.t. akan mengadili pengaduanku terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana membiarkan aku didalam keadaan begini."
Umar:(Menangis)"Semoga Allah s.w.t. mengampuni kamu tetapi bagaimanakah Umar hendak mengetahui tentang penderitaan kamu!"
Perempuan:"Orang yang menjadi Amir patut tahu akan keadaan setiap rakyatnya."
Umar balik kekota dan terus ke Baitulmal. Dia
mengisikan sebuah karung dengan tepung, buah tamar, minyak dan kain
baju. Dia mengeluarkan juga sedikit wang. Apabila karung tadi telah
penuh Umar pun berkata kepada Aslam: "Letakkan karung ini keatas
belakangku Aslam"
Aslam: "Tidak, tidak, ya Amirul Mu'minin! Biar saya yang memikulnya"
Umar: "Apa!
Adakah engkau yang akan memikuli dosaku dihari kiamat kelak? Aku
terpaksa memikulinya kerana akulah yang akan dipersoalkan nanti
mengenai perempuan ini"
Dengan perasaan serba salah Aslam meletakkan
karung itu diatas belakang Umar. Dengan diikuti oleh Aslam dia telah
berjalan dengan pantas menuju khemah perempuan itu. Dia memasukkan
sedikit tepung, buah tamar dan minyak kedalam cerek tadi lalu
mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk menyalakan api. Kata Aslam:
"Saya melihat asap mengenai janggutnya"
Sebentar kemudian makanan itu pun siaplah. Umar
sendiri menghidangkan kepada keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut
kanak-kanak itu, mereka pun bermainlah dengan gembiranya. Melihat
keadaan anak-anaknya, perempuan itu pun berkata:"Semoga Allah s.w.t. memberi
ganjaran kepada kamu kerana kebaikan hatimu. Sesungguhnya kamu lebih
layak memegang jawatan khalifah daripada Umar." Umar melipurkan hati
perempuan itu lalu berkata: " Apabila kamu datang berjumpa dengan
khalifah, kamu akan menjumpai aku disana."
Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa
ketika, Umar pun beredar dari situ. Dalam perjalanan pulang Umar telah
bertanya kepada Aslam:"Kamu tahu tak mengapa aku duduk disitu beberapa
ketika?"Aku ingin melihat mereka bermain-main dan gelak ketawa kerana
kesukaan setelah melihat mereka menangis kelaparan."
Mengikut riwayat ketika mengerjakan solat fajar Umar sering membaca SURAH "KAHF, TAHA" dan
lain-lain surah yang hampir-hampir sama dengan surah-surah itu. Waktu
inilah dia kerap menangis sehingga tangisannya jelas kedengaran beberpa
saf kebelakang. Pada suatu subuh ketika membaca ayat SURAH "YUSUF" yang bermaksud:
Hanya aku mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada Allah.
(SURAH YUSUF-86)
Dia telah menangis teresak-esak sehingga tidak dapat meneruskan pembacaannya.
Wahai kaum muslimin, kisah-kisah Umar yang baru
saja diceritakan sepatutnya dijadikan bahan rujukan oleh kita bersama.
Umar diketahui umum merupakan kesatriaan Islam yang terkenal kerana
gagah beraninya. Namanya saja sudah dapat mengecutkan perut
pemusuh-pemusuh Islam. Namun demikian dihadapan Allah s.w.t.
dia menangis ketakutan. Dimanakah seorang Raja atau Pemimpin negara
yang bersedia menunjukkan belas rahimnya kepada seorang hamba rakyatnya
yang hina seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Umar? Demikianlah
kesucian, kemurnian dan ketinggian sopan santun yang dikehendaki oleh
Islam, Agama yang kita semua akui sebagai penganut-penganutnya.
TEGURAN OLEH ABDULLAH BIN ABBAS
Diceritakan oleh Wahab bin Munabbah:
"Abdullah bin Abbas telah kehilangan
penglihatannya semasa ia telah tua. Pada suatu hari aku telah
memimpininya ke Masjidil Haram.
Disana ia telah menedengar beberapa orang sedang bertengkar dengan
suara yang lantang. Dia meminta supaya aku membawanya kehadapan mereka.
Dia pun memberi salam kepada mereka, selepas membalas salamnya mereka
mempersilakan ia duduk sambil melahirkan keengganannya berbuat
demiakian, dia pun berkata:
"Izinkan aku menceritakan darihal hamba-hamba Allah s.w.t. yang sebenar-benarnya. Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah s.w.t... Sungguhpun mereka tidak bisu dan sebaliknya dapat menggunakan bahasa dengan fasihnya tetapi oleh kerana selalu memuji-muji Allah s.w.t..
maka mereka tidak dapat memperkatakan sesuatu yang sia-sia. Apabila
mereka tiba keperingkat keimanan yang demikian rupa maka mereka segera
kearah kebaikan. Mengapakah kamu sekelian telah menyeleweng dari jalan
ini? Selepas peristiwa ini aku tidak melihat manusia berkumpul di Masjidil Haram."
Kisah Abdullah bin Abbas ini menunjukkan kepada
kita suatu jalan yang sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan. Caranya
ialah dengan memikirkan tentang kebesaran Allah s.w.t. Kalau ini dapat dilakukan maka lain-lain perbuatan yang baik dapat dilakukan juga dengan senang dan penuh kejujuran.
GERAKAN BALA TENTERA MUSLIMIN KE TABUK
Sampai pula berita kepada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa tentera Rumawi sedang berkumpul hendak datang menyerang. Tanpa membuang masa Nabi Muhammad s.a.w. telah
mengerahkan kaum Muslimin untuk menyiapkan segala alat kelengkapan
berperang. Kebetulan pada masa itu orang sedang menghadapi musim kemarau
yang dahsyat. Oleh kerana tentera musuh yang bakal dihadapi itu besar
dan kemungkinan mengalami berjenis-jenis kesukaran itu banyak.
Orang-orang mewah dan agak berada serta senang hidupnya, Nabi Muhammad s.a.w.. galakkan menghulurkan pertolongan membekalkan mereka yang susah
Pada masa itu Abu Bakat r.a.hu telah mendermakan
segala hartanya. Apabila ditanya apa yang tinggal kepada keluarganya,
ia menjawab:"Aku tinggalkan Allah s.w.t. dan RasulNya kepada mereka."
Umar r.a.hu telah mendermakan separuh dari harta
kekayaannya sedangkan Usman r.a.hu telah membekalkan alat kelengkapan
perperangan untuk sepertiga daripada semua tentera Muslimin. Tiap-tiap
sepuluh orang askar dibekalkan dengan seekor unta sahaja disebabkan
kekurangan binatang ini. Oleh sebab inilah maka gerakan ketenteraan ini
dinamakan "KEMPEN KEPICIKAN".
Tentera-tentera Muslimin terpaksa berjalan jauh
dalam cuaca panas terik membakar ketempat yang ditujui. Kebetulan pada
masa itu kebun-kebun mereka penuh dengan buah-buah tamar yang telah
masak. Ini merupakan ujian Allah s.w.t.
terhadap mereka. Tiba-tiba mereka diseru untuk menghadapi musuh yang
paling gagah sebagai menguji keimanan mereka. Natijah keimanan mereka
yang teguh inilah maka mereka tidak ingin ditinggalkan diMadinah kecuali
kaum wanita, kanak-kanak, orang-orang munafik dan mereka yang tidak
ada kenderaan. Ada diantara mereka yang menangis-nangis kerana tidak
dapat menyertai Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Muslimin yang lain. Mengenai orang-orang ini Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
"MEREKA BERPALING SEDANG MATA MEREKA MENGALIR AIRMATA KERANA SEDIH YANG MEREKA TIDAK ADA KEMAMPUAN YANG BOLEH MEREKA BELANJAKAN"
Diantara mereka-mereka yang beriman hanya tiga orang sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin tanpa sebarang alasan.(Kisah mereka akan dibentangkan sekejap lagi).
Sementara itu dalam perjalan para tentera
Muslimin keTabuk, tentera Muslimin telah sampai ke perkampungan Thamud.
Disini Nabi Muhammad s.a.w. telah menutupi wajahnya sambil mempercepatkan perjalanannya. Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan supaya para sahabatnya berbuat demikian juga. Nabi Muhammad s.a.w. menasihatikan mereka supaya menangis dan takutkan penyiksaan Allah s.w.t. agar Allah s.w.t. tidak mengenakan siksaan keatas mereka seperti mana yang dikenakan keatas Thamud.
Lihatlah sikap yang dipertunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya ketika melalui perkampungan Thamud yang telah dibinasakan oleh Allah s.w.t. Beginilah
pula sikap yang seharusnya dimiliki oleh kita, tetapi kebanyakkan kita
tidak merasa sedih atau takut apabila menghadapi sesuatu malapetaka
atau bencana alam. Sebaliknya kita mengadakan pesta keramaian ditempat
berlakunya sesuatu kecelakaan itu.
KISAH TIGA ORANG MUKMIN YANG TIDAK MENYERTAI NABI KE TABUK
Diantara
puak munafikin jumlah yang tidak menyertai gerakan keTabuk boleh
dikatakan banyak juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut seruan Nabi Muhammad s.a.w. malah mereka cuba mempengaruhi orang-orang lain supaya berbuat demikian.
Kata mereka: "Janganlah berpergian dalam keadaan panas" (SURAH AT-TAUBAH ayat 81)
Allah s.w.t. menjawab: "API NERAKA LEBIH PANAS LAGI"
Diantara orang-orang yang beriman pula seperti
mana yang telah dikatakan tadi, hanya tiga orang sahaja yang tidak
menyertai tentera Muslimin. Mereka ini ialah Murarak bin Rabi, Hilal
bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik. Murarah tidak bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. dan
sahabatnya kerana buah-buah tamar dikebunnya telah masak dan terpaksa
dikutip. Dia menyangka yang penyertaannya dalam lain-lain peperangan
terdahulu daripada ini dapat melepaskan dirinya daripada peperangan
yang sedang dihadapi. Disini dia telah melakukan kesalahan mementingkan
hartanya daripada Allah s.w.t..
Apabila dia menyedari kesalahannya dia mendermakan kebunnya kepada
orang. Akan Hilal pula dia sibuk mendampingi kaum keluarganya yang
pulang ke Madinah selepas meninggalkan kota itu beberapa ketika
lamanya. Seperti Murarah, dia juga telah menyertai beberapa peperangan
yang terdahulu.Ternyata yang Hilal telah melakukan kesalahan
mementingkan kaum keluarga nya daripada Allah s.w.t..
Setelah menyedari kesalahannya dia telah emmutuskan perhubungan dengan
kaum kerabatnya. Mengenai Ka'ab pula, dengarlah cerita seperti yang
diceritakan olehnya sendiri. Cerita Ka'ab ini terkandung didalam semua
buku-buku Hadis. Katanya:
"Semasa berlaku gerakan keTabuk keadaan hidup
aku agak mewah.Aku mempunyai dua ekor unta kepunyaan saya sendiri.
Sebelum ini saya tidak pernah memiliki bilangan unta seperti tersebut
tadi. Telah menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w. yang
ia tidak suka memberitahu kepada umum tentang tempat yang ditujui oleh
gerakan tentera Muslimin, tetapi sekali ini oleh kerana jauhnya
perjalanan yang mensti ditempuhi, kerana musim kemarau pada masa itu
dan oleh kerana kekuatan tentara kafir, ia terpaksa menceritakan
segala-galanya agar persiapan-persiapan dapat diperbuat dengan
sempurnanya. Orang-orang yang bakal memnyertai pergerakan keTabuk terlalu
banyak sehingga tidak mungkin diketahui nama-nama mereka semuanya.
Demikian juga payahnya untuk mengetahui nama-nama meraka yang tidak
menyertai Nabi Muhammad s.a.w..
Pada ketika itu kebun-kebun diMadinah telah penuh dengan buah-buah
yang telah masak.Tiap-tiap pagi saya bercita-cita hendak membuat
persiapan-persiapan agar dapat menyertai tentera Muslimin, tetapi entah
bagaimana keazaman saya itu tidak menjadi kenyataan. Saya ketahui
benar-benar yang saya dapat menyertai mereka bila-bila masa sahaja.
Dalam keadaan saya yang demikianlah maka berita mengenai keberangkatan
tentera Muslim telah sampai kepengetahuan saya. Saya masih berpendapat
yang saya mendahului mereka sekiranya saya dapat bersiap sedia dalam
sehari-dua."
"Penangguhan saya untuk melakukan sesuatu yang
tegas berlanjutan sehingga tibalah masanya tentera-tentera Muslimin
hampir tiba diTabuk. Dalam keadaan yang demikian pun saya masih juga
menangguh-nangguh.Tiba-tiba apabila saya melihat orang-orang yang
tertinggal diMadinah saya menyedari yang kebanyakkan daripada mereka
ini terdiri daripada kaum-kaum munafikin dan mereka yang telah sengaja
diuzurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana sebab-sebab yang tertentu. Setibanya Nabi Muhammad s.a.w. keTabuk, Baginda s.a.w. pun bertanya: 'Mengapa aku tidak melihat Ka'ab?" Jawab salah seorang daripada para sahabat: " Ya Nabi Muhammad s.a.w.,
kebanggaannya kepada harta dan kesenangan kehidupannya telah
menyebabkan dia tertinggal kebelakang.' Maaz mencelah sambil
berkata:"Tidak, Ini tidak mungkin. Setahu kami dia adalah seorang Mukmin
yang sebenar-benarnya." Nabi Muhammad s.a.w. tidak mengeluarkan sepatah katapun."
Ka'ab meneruskan ceritanya:
"Selepas beberapa hari saya pun mendengar berita mengenai kepulangan Nabi Muhammad s.a.w. saya tiba-tiba dirundungi oleh perasaan sedih dan kesal yang maha hebat. Beberapa alasan iaitu yang mungkin dikemukakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengelakkan kemurkaan Baginda s.a.w.
terbayang-bayang dikepala saya. Saya juga telah meminta nasihat
daripada orang-orang yang cerdik pandai dikalangan keluarga saya, tetapi
akhirnya alasan-alasan ini saya ketepikan dan saya membuat keputusan
hendak bercakap benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.Telah menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w.., apabila Baginda s.a.w.balik dari suatu perjalanan Nabi Muhammad s.a.w.
akan singgah dimasjid untuk mendirikan Solat Tahyatul Masjid serta
beramah mesra dengan pelawat-pelawatnya. Pada ketika ini datanglah orang
munafik bersumpah-sumpah sambil memberi sebab-sebab mengapa mereka
tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w. keTabuk. Nabi Muhammad s.a.w.menerima saja alasan-alasan yang diucapkan oelh lidah-lidah mereka sedangkan kandungan batin mereka tinggalkan kepada Allah s.w.t.untuk membereskannya. Kemudian saya pun tibalah untuk menemui Rasulullah s.a.w. lantas memberi salam kepada Baginda s.a.w.. Suatu senyuman yang tawar, Baginda s.a.w. menolehkan mukanya kearah lain. Saya berkata:" Wahai Rasulullah ,Tuan memalingkan muka Tuan dari saya.Demi Allah s.w.t., saya bukannya munafik dan saya tidak meragui kebenaran agama saya." Baginda s.a.w. menyuruh saya mendekati lalu bertanya: "Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah s.a.w., kalau kepada orang lain sudah tentu saya dapat memberi alasan-alasan yang sesuai kerana Allah s.w.t.
telah mengurniakan saya dengan kefasihan bercakap, tetapi kepada Tuan,
walaupun saya dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang memuaskan
hati Tuan, sudah tentu Allah s.w.t.
akan memurkai saya. Sebaliknya kalau saya menimbulkan kemarahan Tuan
dengan bercakap benar saya percaya lambat-laun kemarahan Tuan itu akan
dihapuskan oleh Allah s.w.t. . Oleh itu saya bercakap benar. Demi Allah s.w.t. saya tidak ada sebarang alasan pun sedangkan pada masa itu hidup saya mewah." Kata Nabi Muhammad s.a.w."Dia sedang bercakap benar." Kemudian Baginda s.a.w berkata: "Pergilah kamu dan Allah s.w.t.. akan menentukan sesuatu bagi kamu."
Apabila saya meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w.. orang-orang dari puak saya telah menyalahi saya kerana telah bercakap benar dihadapan Rasulullah.
Kata mereka: Kamu sebelum ini tidak pernah melakukan sebarang
kesalahan . Kalaulah setelah memberi satu-satu alasan yang sesuai, kamu
meminta Nabi Muhammad s.a.w. berdoa untuk diampunkan oleh Allah s.w.t.,
yang demikian itu sudah tentu mencukupi. "Kemudian saya bertanya
kalau-kalau ada orang yang hal keadaannya seperti saya. Mereka
menceritakan mengenai Hilah bin Umayyah dan Murarah bin Rabi. Mereka
juga telah mengakui kesalahan mereka dan menerima jawapan yang sama.
Saya tahui yang mereka ini adalah penganut-penganut agama Islam yang
sejati dan telah mengambil bahagian dalam Peperangan Badar. Nabi Muhammad s.a.w.
sudah memerintahkan supaya kami bertiga dipulaukan.Tidak ada seorang
pun yang berani bergaul dan bercakap-cakap dengan kami. Pada masa itu
saya berasa seolah-olah saya tinggal berdagang dirantau orang.
Kawan-kawan berkelakuan seperti orang asing. Dunia yang begitu luas
menjadi sempit. Kalau saya mati Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan mengimami sembahyang jenazah saya. Sebaliknya kalau Baginda s.a.w.
wafat sudah tentu pemboikotan yang dikenakan keatas saya akan
berterusan sehingga keakhir hayat saya. Kawan-kawan saya yang berdua
itu tidak menampakkan diri mereka diluar rumah sedangkan saya
memberanikan diri dengan berjalan-jalan dipasar dan bersembahyang
berjemaah tetapi saya tidak dihiraukan oleh sesiapa pun. Kadang-kadang
saya memberanikan diri menghampiri Nabi Muhammad s.a.w.
sambil memberikan salam. Saya menunggu-nuggu jawapannya dengan penuh
harapan.Kerapkali selepas menunaikan solat fardhu saya akan menunaikan
solat sunnat berhampiran dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana ingin mengetahui sama ada Baginda s.a.w. akan memandang saya atau tidak. Ya, Baginda s.a.w. memandangkan saya semasa berada dalam sembahyang. Diluar sembahyang Baginda s.a.w. memalingkan pandangannya dari saya."
"Pada suatu hari apabila saya rasa yang saya
tidak dapat lagi menderitai pemulauan sosial yang dikenakan keatas saya,
saya telah memanjat tembok kebun sepupu saya,Qatadah. Saya mengucapkan
salam kepadanya tetapi dia tidak menjawab. Saya menggesanya supaya
menjawab hanya satu soalan sahaja. Saya bertanya:"Engkau tahu atau tidak
yang aku mencintai Allah s.w.t. dan RasulNya?" Soalan saya itu terpaksa diulangi sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiganya baharulah dia menjawab:" Hanya Allah s.w.t.dan RasulNya yang mengetahui." Mendengar jawapannya itu saya menangis lalu meninggalkannya."
"Pada suatu ketika sedang saya melalui sebatang
jalan di Madinah, saya terpandang akan seorang Kriastian bangsa Mesir
yang telah datang dari Sham. Rupa-rupanya orang itu sedang mencari
saya. Apabila orang ramai disitu menunjukkan saya dia pun menghampiri
saya sambil menyerahkan sepucuk surat daripada Raja Keristian yang
memerintah Ghassan. Surat itu berbunyi:" Kami telah mengetahui akan
penganiayaan yang kamu perolehi dari ketua kamu. Allah s.w.t. tidak
akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Eloklah kamu
menyertai kami dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu."
Apabila saya membaca surat ini saya mengucapkan:"INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN."
Demikianlah hal keadaan saya sehingga orang-orang kafir menyangka yang
saya akan murtad. Saya tidak dapat membayangkan segala kecelakaan yang
menimpa diri saya. Dengan serta merta saya mencampakkan surat itu
kedalam api dan saya pun terus pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. Kata saya:"Ya Rasulullah s.a.w.,
saya telah tergelincir didalam jurang kehinaan yang amat dahsyat
sehinggakan orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad."
"Selepas empat puluh hari pemboikotan itu berjalan seorang utusan Nabi Muhammad s.a.w. mendatangi saya dengan membawa satu perintah baru dari Nabi Muhammad s.a.w. Saya
diperintahkan supaya berpisah dari isteri saya. Saya bertanya kepada
utusan itu sama ada isteri saya terpaksa diceraikan. Dia hanya
menmyuruh saya berpsah dari isteri saya. Perintah yang sama diberikan
kepada sahabat-sahabat yg berdua itu. Kata saya kepada isteri
saya:"Pergilah kamu tinggal bersama-sama orangtuamu sehingga Allah s.w.t. menetukan sesuatu bagiku." Isteri Hilal pun telah pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. sambil mengadu kepada Baginda s.a.w :"Ya Rasulllah,Hilal
sudah tua dan tidak ada orang untuk menjaganya. Kalau aku
meninggalkannya sudah tentu dia akan mati. Izinkan aku supaya
menjagainya."Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Baiklah tetapi jangan melakukan perhubungan jenis." Kata isteri Hilal:"Ya Rasulullah ,dia sudah tidak ada keinginan semenjak pemulauan dikenakan keatasnya. Dia menghabiskan masanya dengan menangis."
Ada orang yang mecadangkan kepada saya supaya meminta kebenaran daripada Nabi Muhammad s.a.w.
untuk membolehkan isteri saya tinggal bersama-sama saya tetapi saya
enggan berbuat demikian kerana saya masih muda sedangkan Hilal sudah
tua. Lagi pula saya tidak berani membuat permintaan yang demikian.
Sehingga ini pemulauan telah dijalankan keatas kami selama lima puluh
hari.
Pada pagi yang kelima puluh itu sedang saya duduk-duduk diatas bumbung rumah saya, setelah melakukan Solat Faja, saya
terdengar orang menjerit dari kemuncak bukit Salak. "Ada berita
gembira buat kamu ya Ka'ab." Sebaik sahaja saya mendengar berita itu
saya pun bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.. Saya tahu yang saya telah perolehi keampunan daripada Allah s.w.t.. Sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w. mengistiharkan keampunan Allah s.w.t.
kepada kami bertiga selepas solat Subuh itu.Kemudian datang pula
seorang penunggang kuda membawa berita yang sama. Oleh kerana
kegembiraan yang amat sangat saya telah menghadiahkan pakaian yang
terlekat dibadan saya kepada pembawa berita gembira itu.Pada masa itu
saya hanyai miliki pakaian yang sedang saya pakai tadi. Oleh hal yang
demikian saya meminjam sehelai pakaian dari sahabat saya dan memakai
pakaian itu dan saya terus pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.. Apabila saya tiba dimasjid orang-orang yang sedang berbual-buak dengan Rasulullah s.a.w.
datang menerpa dan memegang tangan saya sambil mengucapkan tahniah.
Orang yang mula-mula mengucapkan tahniah kepada saya ialah
Talhah.Kemudian saya pun menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. . Muka Baginda s.a.w. berseri-seri dengan cahaya kegembiraan. Saya berkata kepada Baginda s.a.w. :"Ya Rasulullah, saya bercadang hendak mendermakan semua harta saya sebagai mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. yang telah sudi menerima taubat saya." Baginda s.a.w..
berkata: "Janganlah habiskan semua harta kamu. Tinggalkan sedikit untuk
kepentingan dirimu." Saya pun mendermakan harta saya kecuali rampasan
yang diperolehi dalam Peperangan Khaibar."
"Kebenaran telah menyelamatkan saya dan oleh itu saya berazam hendak bercakap benar pada setiap masa."
Kisah diatas dengan jelas menunjukkan
sifat-sifat yang sepatutnya terdapat pada semua penganut-penganut Islam
yang bernar-benar beriman.
1) Pentingnya berusaha dijalan Allah s.w.t. Orang yang selama ini telah mematuhi segala perintah Allah s.w.t. dan
yang telah menyertai semua peperangan menetang musuh pun terpaksa
menanggung penderitaan akibat kesalahan yang dilakukan hanya sekali
sahaja.
2) Kepatuhan menjunjung perintah Nabi Muhammad s.a.w. Selama
lima puluh hari masyarakat Islam termasuk kaum kerabat dan sanak
saudara serta sabahat handai mereka sendiri telah memulau Ka'ab dan
kawan-kawannya pula telah menjalani hukuman dengan pebuh ketaatan.
Dengan lain-lain perkataan, yang memulau pada suatu pihak dan yang kena
pulau disuatu pihak yang lain masing-masing mematuhi arahan Nabi Muhammad s.a.w.
3) Keimanan yang teguh Ka'ab telah menerima
surat dari seorang raj Kristian yang cuba mempengaruhinya supaya
melakukan kemungkaran. Perkataan-perkataan dan perbuatannya selepas
menerima surat itu merupakan bukti yang nyata mengenai keteguhan
imannya.
Sekarang marilah kita memeriksa perbadi kita
sendiri untuk menentukan banyak atau sedikitnya kepatuhan yang terdapat
pada diri kita. Adakah kita mematuhi segala perintah-perintah Allah s.w.t.? Adakah kita mendirikan sembahyang- Perintah Allah s.w.t. yang paling sedikit memakan belanja? Adakah kita berasa sedih apabila meninggalkannya?
NABI MUHAMMAD S.A.W. MENEGUR SAHABAT-SAHABAT YANG KETAWA
Pada suatu ketika apabila Nabi Muhammad s.a.w. sampai kemasjid untuk mendirikan solat, Baginda s.a.w. dapati beberapa orang sahabat sedang gelak ketawa. Baginda s.a.w. berkata:
"Kalau kamu selalu mengingati maut sudah tentu aku tidak mendapati kamu
semua dalam keadaan demikian. Pada setiap masa kamu hidup kamu mesti
mengingati maut. Setiap waktu tanah perkuburan memekik mengatakan:' Aku ini merupakan semak samun. Aku dipenuhi dengan debu. Aku ini penuh dengan serangga. '
Apabila seorang mukmin dikebumikan didalamnya, bumi berkata 'Aku
ucapkan selamat datang kepada mu. Diantara manusia yang bertebaran atas
muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Baik sungguh hatimu
kerana mahu memasuki ku. Sekarang lihatlah bagaimana aku menghiburkan
hatimu?'
Kemudian bumi membesar sejauh mata memandang.
Sebuah pintu syurga terbuka dihadapannya. Melalui pintu inilah
bau-bauan yang semarak harumnya menyusupi lubang hidungnya.
Tetapi apabila seorang yang jahat dimasukkan kedalamnya, bumi akan berkata:'Tidak
ada kata alu-aluan buatmu. Diantara manusia yang hidup didunia,
engkaulah yang paling aku benci. Sekarang lihatlah layanan aku
terhadapmu.'
Kemudian ia dihimpit oleh bumi sehingga
tulang-tulang rusuknya saling bertikam tikaman dan berselisih antara
satu sama lain. Sebanyak tujuh puluh ekor ular akan mematuknya sehingga
hari kiamat.Ular-ular ini terlalu berbisa hinggakan kalau seekor
sahaja menyemburkan bisanya dipermukaan bumi maka sehelai rumput pun
tidak akan tumbuh.Kemudian Nbi Muhammad s.a.w berkata: "Kubur boleh merupakan syurga ataupun neraka."
Sifat takut kepada Allah s.w.t. pasti
terdapat pada manusia yang benar-benar beriman. Sifat takut ini dapat
diwujudkan dan dipupuk sehingga ia tumbuh dengan suburnya kalau kita
dalam kehidupan kita sehari-hari dapat mengingati akan MATI !!!
TAKUTNYA NIFAK YANG DIPERTUNJUKKAN OLEH HANZLAH
"Kami berhadapan dengan Nabi Muhammad s.a.w.. apabila Baginda s.a.w. berkhutbah pada suatu hari. Kutbah Baginda s.a.w.. menakutkan
hati kami. Kami mencucuri airmata mengenangkan keadaan kami pada masa
itu, kemudian saya pun kembali kerumah menemui anak dan isteri saya.
Ditengah-tengah kesibukan kami sekeluarga, kesan kuthbah yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebentar
tadi semakin hilang. Saya menyedari yang keadaan saya telah berubah.
Kalau tadi saya berdukacita kini saya berasa gembira.Tiba-tiba saya
berkata didalam hati saya:"Oh Hanzlah, engkau ini seorang munafik."
Perasaan hiba yang menyelubungi fikiran saya yang tidak dapat
dibayangkan. Saya meninggalkan rumah saya sambil berkata: "Hanzlah telah
menjadi seorang munfik." Apabila saya menemui Abu Bakar saya meneruskan
kata-kata saya tadi. Katanya: "Subhanallah! Apa yang kamu katakan ini.
Hanzlah tidak mungkin menjadi seorang munafik."
Saya menceritakan segala-galanya kepadanya. Kata saya:"Semasa kita mendengar kutbah Nabi Muhammad s.a.w. tadi
terasa oleh kita bahawa syurga dan neraka seolah-olah berada dihadapan
kita, tetapi apabila balik bertemu dengan keluarga kita dirumah, kita
melupakan kampung akhirat." Kata Abu Bakar: "Ya, keadaan aku pun
demikian juga." Kemudian kami bersama-sama menuju ketempat kediaman Nabi Muhammad s.a.w.
Kata saya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:"Ya Rasulullah, saya telah menjadi munafik." Setelah mendengar penjelasan saya Nabi Muhammad s.a.w..:"Demi Allah , yang jiwaku ditanganNya,
seandainya kamu dapat memeliharakan selama-lamanya keghairahan yang
diwujudkan dalam sanubari kamu semasa berada disisiku, sudah tentu para
malaikat akan mengucap selamat kepadamu semasa kamu berjalan dan
semasa kamu tidur, tetapi wahai Hanzlah, ini adalah satu perkara yang
jarang-jarang berlaku."
Menurut pendapat Nabi Muhammad s.a.w. walau
bagaimanapun teguhnya keimanan seseorang, dia tidak dapat menumpukan
segala tenaganya terhadap urusan 'Ukhrawinya' semata-mata kerana
sebagai seorang manusia dia terpaksa bertanggung jawab terhadap
urusan-urusan'Duniawi' yang lain. Walaupun ada manusia yang boleh
berbuat demikian sudah tentu bilangan mereka itu terlalu kecil. Namun
demikian, kita hendaklah memupukkan perasaan yang akan membolehkan kita
sentiasa mencurigai tentang keteguhan iman kita sepertimana yang telah
dipertunjukkan oleh sahabat Hanzlah.
GERAKAN TENTERA AL-AMBAR
Nabi Muhammad s.a.w. telah
mengerahkan satu ketumbukan tentera Muslimin yang terdiri daripada
tiga ratus orang. Tentera yang diarahkan kesebuah tempat berdekatan
dengan pantai diketuai oleh Abu Ubaidah. Nabi Muhammad s.a.w. telah
memberi sekarung buah tamar sebagai bekalan makanan mereka. Belum pun
genap lima belas hari, makanan yang mereka bawa telah kehabisan. Qais
r.a.hu sebagai usaha kearah mengelakkan daripada kelaparan telah
membeli tiga ekor unta tiap-tiap hari daripada orang-orangnya sendiri
untuk menjadi hidangan para mujahid sekelian.
Ini bermakna yang alat pengakutan mereka semakin berkurangan tiap-tiap
hari. Abu Ubaidah telah mengarahkan supaya penyembelihan unta
dihentikan dengan serta merta. Dia mengumpulkan buah tamar yang masih
ada pada tiap-tiap seorang lalu menyimpannya didalam sebuah bekas.
buah-buah ini lah dicatukan sebanyak sebiji kepada seorang, tiap-tiap
hari. Apabila Jabir r.a.hu menceritakan kisah ini kepada orang, salah
seorang daripada pendengar-pendengarnya telah bertanya: "Bagaimana kamu
hidup sehari suntuk dengan sebiji kurma?" Jabir r.a.hu menjawab:"
Setelah beberapa lama yang sebiji itu pun tidak diperolehi. Kami telah
mendekati pinggir kbuluran. Kami terpaksa menyirami daun-daun kayu
dengan air dan kemudian memakannya."
Tiba-tiba Allah s.w.t. seperti biasa telah mencucuri rahmatNya keatas
orang yang tahan penderitaan. Seekor ikan besar yang bernama AMBAR
telah terlempar dari laut lalu jatuh keatas pantai.Ikan itulah yang
menjadi makanan mereka selama lapan belas hari. Yang bakinya dibuat
bekalan dalam perjalanan mereka balik keMadinah. Apabila peristiwa ini
diceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w., Baginda s.a.w. berkata: "Ikan itu ialah bekalan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. untuk kamu semua." Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda: "Penderitaan yang paling pahit disediakan kepada para Nabi
dan kemudian kepada mereka-mereka yang paling baik dikalangan Muslimin
lainnya."
Kesusahan dan pederitaan hidup adalah perkara
biasa dalam kehidupan manusia sehari-hari. Kepada orang yang
mempercayai Allah s.w.t. kesusahan merupakan suatu ujianNya. Ujian yang dihadapkan kepada seseorang insan itu seimbang dengan kedudukannya disisi Allah s.w.t. Paling dekat dengan Allah s.w.t.., paling dahsyatlah ujian yang bakal diteimanya. Orang yang lulus ujianNya akhirnya menerima rahmat keselesaan hidup dan ketenteraman jiwa dari sisiNya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar